Ahad, 7 September 2014

Hey, My Saranghae Love (1)

"Omma, kenapa appa kejam sangat dengan Ayyan? Ayyan nak berkawan pun terhad. It's not fair to me. Omma, can you discuss it with appa?" Dayyan membuat muka comelnya dihadapan Puan Jamilia. Dia juga mahu seperti orang lain. Bebas kesana kemari. Ini tidak. Nak berkawan pun terhad. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Habis itu, apa yang boleh? Hidup Dayyan terasa seperti dikongkong appanya. Kenapalah appanya kejam sangat pun dia tak tahu. Sejak dulu lagi appa berkelakuan sebegitu.

"Ini untuk kebaikkan Ayyan juga. Appa buat semua ni Ayyan rasa appa buat untuk siapa kalau bukan untuk Ayyan. Biasalah tu. Nanti Ayyan akan take over bussiness appa? So from now, appa nak uji Ayyan dulu. Appa nak tengok sejauh mana Ayyan bersabar mengharungi cabaran. Ayyan ni seorang yang bertanggungjawab ke tidak. Itu sahaja," ujar Engku Jamilia lembut. Alahai anak terunanya ini memang manja. Umur dah 24 tahun tapi perangai masih kebudak-budakkan. Maklumlah, Dayyan merupakan anak tunggal. Satu-satunya anak teruna Puan Jamilia.

"Alah omma ni. Selalu menangkan appa. Tak apalah. Omma tak sayang dekat Ayyan," Ayyan memuncungkan mulutnya. Engku Jamilia menggeleng kepala. Serupa mulut itik sudah mulut Dayyan. Apalah nak jadi dengan si Dayyan ni.

Belum sempat Puan Jamilia mahu menutur kata, Dayyan terlebih dahulu mengatur langkah ke biliknya. Puan Jamilia hanya melihat. Sudah masak dengan perangai anaknya itu.

--------------------------♧♣♧♣------------------------


"Aduh, sakitnya kepala aku!" Beila mengusap kepalanya yang terhantuk pada dinding. Dia terduduk menyandar pada dinding. Kepalanya terasa sedikit pening. Laila, rakan sebilik Beila yang ternampak keadaan Beila segera mendekati Beila. Bagaimana kawannya itu boleh terhantuk pun dia tidak tahu.

"Beila, awak okey? Macam mana boleh macam ni? Awak ni cuai betul. Lain kali jalan tu pandang hadapan. Fokus bila awak berjalan. Tengok apa sudah terjadi," Laila menarik tangan kanan Beila terus dipapahnya ke katil milik Beila. Beila hanya diam membisu. Sudahlah dia lagi sakit. Dileteri lagi oleh Laila. Serupa macam neneknya betul lah si Laila ni.

"Saya nak mengambil buku diatas meja itu. Tapi malang tidak berbau. Saya terjatuh dan terhantuk lah kerana saya terpijak skirt saya sendiri. Bukannya saya tidak ada kerja mahu buat begitu," balas Beila sambil memegang kepalanya. Laila yang mendengar penjelasan Beila sekejap kepalanya terangguk. Sekejap tergeleng. Betul kata Beila. Tak mungkin Beila mahu buat begitu seperti orang tidak waras.

"Lagipun, kertas kerja saya pun belum siap. Berlambak lagi diatas meja saya," mulutnya dimuncungkan kearah meja belajarnya. Dia juga masih geram dengan Laila. Adakah patut dia diperlakukan begitu. Seperti budak kecil.

"Iyalah wahai tuan puteri. Maafkan patik. Patik tidak sengaja. Tuan puteri kan cantik. Kalau mukanya masam begini, nanti putera rajanya lari dong," terhambur ketawa Beila apabila kawannya itu berjenaka dengan gayanya sekali. Ada bahasa dahulu kala dan ada loghat indonesia. Kerana perwatakan Laila beginilah Beila makin sayang pada kawannya itu. 

"Awak duduk sini ya. Saya nak pergi ambil ais dulu. Nak tuam dekat dahi awak yang benjol tu." Beila hanya mengangguk. Selepas kawannya pergi, dia mengeluh berat. Terasa seperti menyusahkan pula. Tiba-tiba dia berasa mengantuk. Tidak sampai beberapa saat, dia terlena.

----------------------°•°•°•°•°•°•°•°•°------------------
Laju sahaja kaki Zayyan melangkah kearah ibunya. Geram hatinya apabila omma campur tangan dalam urusan hidupnya. Kenapalah omma terdesak sangat sampai macam ini sekali. Nak meraung pun ada. Hei tak macho lah nanti. Jatuh saham nanti. Hehe...

"Omma, apakah? Hehehe terbahasa baku pula Ayyan. Omma, apa ni? Kenapa nak kahwin bagai ni? Ayyan tak nak," boleh pula buat lawak. Tapi seriuslah. Sedih hati Ayyan kena kahwin paksa macam dalam novel pula. Jatuhlah saham nanti. Jadi lelaki dayus pula orang gelarkan. 

"Kamu cakap nak bergaul dengan orang lain. Jadi berkahwinlah jalannya. Daripada kamu bergaul dengan bukan muhrim mendapat dosa. Kalau kamu sudah berkahwin, dapat pahala free. Dan itu pun salah satu syarat appa. Kena kahwin dulu. So, go and ask your appa. Mama tak tahu,"  puas Engku menerangkan kepada Zayyan. Dia mengangkat bahu apabila ayat yang terakhir diungkapkannya. Betul lah. Syarat yang wajib untuk mewarisi syarikat Engku Zakaria ialah berkahwin. Macam orang dulu dulu pula. Kalau nak menjadi raja, mesti kahwin. Perlukah?

"Appa suruh omma tanya Ayyan, dah ada calonkah belum. Ayyan sudah ada calon?" Soal puan Jamilia.

"Perlukah?" 

"Eh budak ni! Orang tanya boleh pula tanya kita balik? Budak bertuah lah kamu ni."

"I'm just asking to you. Itu pun salah," mukanya bertukar menjadi cemberut. Puan Jamilia hanya menggeleng. Rasa kasihan pun ada. Tak jadi niatnya untuk memiat telinga Ayyan. 

"Dah. Jangan buat muka macam tu. Sekarang pergi naik atas dan bersiap. Your future wife is coming with her family. They will have their dinner with us," kata puan Jamilia. Terbeliak mata Zayyan. Biar betul! Siapa punya kerja lah ni? Kenapa cepat sangat omma? Zayyan tak sedia lagi. Idea nakal Zayyan muncul tiba tiba. Ok, tak mengapa. We'll wait and see. 

Sabtu, 6 September 2014

She's Mine (Bab 2)

"Saya harap jawapan yang kamu bagi dapat menyenangkan hati saya," Puan Hajar Mastura merayu kepada Arfa. Arfa pula tidak tahu apa yang mahu dijawabnya. Kalau dia cakap tidak, nanti puan Hajar Mastura berkecil hati. Dia buntu. Patutkah dia menerima apa yang dihajati puan Hajar Mastura? Pening kepalanya buat masa sekarang.

Bilik puan Hajar Mastura kembali sunyi. Mereka terdiam sebentar.

"Baiklah. Saya terima apa yang puan cakap sebentar tadi. Tetapi saya tidak tahu atau kenal senior yang bernama Rayfal Rafiqi," Arfa benar benar tidak tahu siapa gerangan yang bernama Rayfal Rafiqi. Dia bukannya jenis yang suka mengambil tahu pun. Malas dia. Bukannya dapat duit pun kan?

Puan Hajar Mastura duduk tegak. Dia tersenyum apabila mendengar jawapan yang terpancul daripada mulut Arfa. Bukan main gembira lagi dia. Dia mengambil tangan kanan Arfa. Diusap lembut tangan Arfa. Sikap keibuan puan Hajar Mastura mengingatkannya kepada ibunya, Datin Zahirah Megat yang sudah meninggal 2 tahun yang lalu kerana barah payudara. Tanpa disedarinya, matanya menitiskan airmata.

"Kenapa kamu menangis Arfa?" Puan Hajar Mastura berasa sedikit pelik. Dia ada sakiti Arfa ke? Puan Hajar Mastura terlupa pula yang Arfa kehilangan ibunya 2 tahun lepas. Bagaimana dia boleh lupa? Kasihan Arfa.

"Maafkan saya, Arfa. Saya patut tahu apa yang kamu rasa," puan Hajar Mastura merasa kesal kerana tidak memahami gadis yang duduk dihadapannya.

"Bukan salah puan. Takdir sudah tersurat. Takdir juga di tangan Tuhan. Jodoh, ajal dan maut semuanya di tanganNya. Mungkin Dia lebih menyayangi ibu saya. Saya redha," tangan kirinya menyeka air jernih yang membasahi pipinya. Sungguh dia rindu akan ibunya. Perlakuan puan Hajar Mastura membuat dia terkenang akan ibunya. Dia membetulkan tempat duduknya. Tudungnya juga diperbetulkannya.

"It's okay, madam. I'm fine,"

"Okay. It's alright. I understand what are you feel right now," puan Hajar sekali lagi mengusap lembut tangan Arfa.

"Saya baik sahaja. Puan macam mana saya nak tahu siapa Rayfal Rafiqi?" Arfa cuba menukar topik kerana ingin mengelak dan melupakan apa yang berlaku. Puan Hajar Mastura kembali duduk tegak. Dia melepaskan tangan kepunyaan Arfa.

"Oh pasal itu awak tidak perlu risau. Sekarang boleh awak ke dewan kuliah multimedia tahun 3?" Tanya puan Hajar Mastura.

"Bo..bo...leh," jawab Arfa gagap. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia gagap dihadapan puan Hajar Mastura sekarang. Tadi tidak pula tergagap. Pelik.

"Kalau begitu, saya pergi dahulu lah. Tapi puan nak saya panggil dia sekarang juga?" Arfa ingin memastikan. Dia takut nanti puan Hajar Mastura atau pensyarah yang lain salah anggap yang dia mahu ponteng pula.

"Ya. Saya nak awak panggil dia sekarang. Dan saya nak awak juga datang sini bersama dia. Mahu perkenalkan kamu berdua," Puan Hajar Mastura memandang wajah Arfa lalu memandang skrin komputer ribanya. Dia ingin menyelesaikan kerjanya yang tergendala. Arfa bangun daripada tempat duduknya dan memberi salam sebelum dia keluar. Puan Hajar Mastura menjawab salam Arfa. Selepas beberapa minit Arfa keluar,  puan Hajar Mastura tersenyum riang. Kerja yang tadi kononnya tergendala tadi sebenarnya sudah siap dari awal lagi. Puan Hajar Mastura menggeleng-gelengkan kepalanya. Nasib baik Arfa ialah seorang budak yang polos dan naif. Senang kerjanya selepas ini. Bukan dia mahu mengambil kesempatan terhadap Arfa tetapi dia perlu mengotakan janjinya kepada 'orang' itu.
------------♥♡♥♡-----------

Dihadapan Arfa sekarang adalah pintu dewan kuliah jurusan Multimedia. Dia rasa sedikit debaran di dada. Angin apa dia tidak tahu yang masuk ke dalam badannya. Tanpa berlengah lagi, dia mengetuk pintu dihadapannya. Dia memberi tahu kepada Encik Husein akan apa niatnya berada disitu.Arfa berlalu masuk apabila Encik Husein suruhnya masuk. Semua pelajar senior memandangnya. Ada yang memandang atas bawah. Ada yang tersenyum sinis melihatnya. Ada juga yang meng'hadiah'kannya jelingan maut oleh senior-senior perempuan. Tapi dia membuat tak tahu sahaja. Dia tidak berasa sedikit gentar pun dengan jelingan maut daripada senior siswi perempuan. Setakat jelingan sebegitu, dia pun boleh buat. Berapa sen sangatlah jelingan tu cik kak oi. Nak juling ke?

Matanya tertancap kearah seorang senior lelaki yang seperti dia kenal. Tapi dimana? Muka lelaki itu sungguh kacak. Dia hanya memakai jaket hoodie hitam. Warna rambutnya seperti orang putih, coklat terang. Kulit mukanya pula putih + pink dan bersih. Tiada seketul jerawat pun. Pencuci muka apa agaknya yang lelaki tersebut pakai? Cantik dan bersih sahaja muka lelaki tersebut. Ni orang putih ke melayu ni? Pelajar tempatan ke pelajar warga asing? Mungkin pelajar antarabangsa. Takkanlah orang melayu muka macam itu. Itu sahaja Arfa dapat nampak dari jauh kerana lelaki itu dalam keadaan duduk dan menopang dagu memandangnya. Mata mereka berpaut. Cepat-cepat Arfa menoleh kearah lain. Seram pula dia dengan lelaki tersebut.

"Rayfal Rafiqi. Sila bangun sekarang. Puan Hajar Mastura ingin berjumpa..." kata-kata Encik Husein tergantung apabila telefon bimbitnya berdering. Encik Husein menjawab panggilan itu. Mulutnya terkumat-kamit bercakap.
Arfa yang berdiri didepan menjadi patung cendana. Dia pelik kenapa sebaik sahaja nama 'Rayfal Rafiqi' disebut, kelas yang tadi bising menjadi senyap. Ada apa sebenarnya?

Bersambung......

She's Mine (Bab 1)

"Arfa Qeisha Jossella,"

Arfa tersedar daripada lamunannya. Dia terdengar ada orang yang memanggil namanya tadi. Dia bangun daripada tempat duduknya.

"Ya saya?" Jawab Arfa. Dia terpandang ada seseorang dihadapan pintu dewan kuliahnya. Mungkin dia dipanggil oleh orang tersebut kerana ada pensyarah yang ingin berjumpa dengannya.

"Puan Hajar Mastura ingin berjumpa dengan awak," kata pensyarahnya ringkas. Pensyarah itu kembali membincangkan topik yang diajarnya.
Arfa segera berjalan menuju ke pintu. Dia ternampak seorang perempuan yang berdiri seperti menunggunya.

"Awak, ikut saya ke bilik puan Hajar Mastura," perempuan itu berjalan dihadapannya. Dia sekadar mengikut perempuan itu dari belakang. Banyak persoalan yang bermain dibenaknya. Kenapa puan Hajar Mastura ingin berjumpa dengannya? Dia ada melakukan kesilapan kah?

Bersambung....

Rabu, 11 Jun 2014

Kali Pertama Bertembung Dengan Si Dia (Part 1)

Sebenarnya cerita ini sudah lama berlalu. Tak lama sangat. Awal tahun punya. Tapi sahaja nak imbas balik. Okay jom mula ;)

27.02.14 (Khamis)

Before Masuk Kelas

Hari ini hari perjumpaan dengan pelajar jepun dari Tokyo *wahh Tokyo gitu*. Aku tak tahu pula yang hari ini Librarians & Prefect wajib pakai FORMAL *pakai TIE lah jawabnya >"< ERGHH!!* sebab semalam aku tak datang. Baju Librarian pula kotor jadi aku pakailah baju pelajar biasa..
Time 'roll call' tu pula aku kena bust laporan diri *menyusahkan betul.lah X_X * tak pasal pasal kena lecture free punya kasi.....sungguh nyaman telinga ku pagi pagi ni

On the Way ke Kelas

Aku naiklah kelas sebab assembly tak ada. Semua prefect & pelajar pelajar yang terlibat tu semuanya sibuk make up *mestilah nama pun perempuan kan? 😋* . Semasa aku on the way nak ke kelas tu pula, junior pandang aku semacam. Aku tak kisah pun kalau mereka cakap aku ni senior yang selekeh. Kawan aku gelar aku 'SONG JI HYO' sebab aku tak reti jaga imej diri. Cousin aku pun sama cakap macam tu juga. So whatever lah what they want to say about me....do I care? No....don't care neither. 😜😜

Okay, sampai sini jelah cite nya. Esok Insha Allah aku continue. Dah mengantuk dah ni bye. Assalamualaikum xoxo D ⬜⬛⬜⬛

Let Me Intoduce Myself to You

Assalamualaikum semua! Welcome to my blog. By the way, I'm new blogger. Okay then, just that for now what I'm going to say. xoxo D :)