"Arfa Qeisha Jossella,"
Arfa tersedar daripada lamunannya. Dia terdengar ada orang yang memanggil namanya tadi. Dia bangun daripada tempat duduknya.
"Ya saya?" Jawab Arfa. Dia terpandang ada seseorang dihadapan pintu dewan kuliahnya. Mungkin dia dipanggil oleh orang tersebut kerana ada pensyarah yang ingin berjumpa dengannya.
"Puan Hajar Mastura ingin berjumpa dengan awak," kata pensyarahnya ringkas. Pensyarah itu kembali membincangkan topik yang diajarnya.
Arfa segera berjalan menuju ke pintu. Dia ternampak seorang perempuan yang berdiri seperti menunggunya.
"Awak, ikut saya ke bilik puan Hajar Mastura," perempuan itu berjalan dihadapannya. Dia sekadar mengikut perempuan itu dari belakang. Banyak persoalan yang bermain dibenaknya. Kenapa puan Hajar Mastura ingin berjumpa dengannya? Dia ada melakukan kesilapan kah?
Bersambung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan