"Omma, kenapa appa kejam sangat dengan Ayyan? Ayyan nak berkawan pun terhad. It's not fair to me. Omma, can you discuss it with appa?" Dayyan membuat muka comelnya dihadapan Puan Jamilia. Dia juga mahu seperti orang lain. Bebas kesana kemari. Ini tidak. Nak berkawan pun terhad. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Habis itu, apa yang boleh? Hidup Dayyan terasa seperti dikongkong appanya. Kenapalah appanya kejam sangat pun dia tak tahu. Sejak dulu lagi appa berkelakuan sebegitu.
"Ini untuk kebaikkan Ayyan juga. Appa buat semua ni Ayyan rasa appa buat untuk siapa kalau bukan untuk Ayyan. Biasalah tu. Nanti Ayyan akan take over bussiness appa? So from now, appa nak uji Ayyan dulu. Appa nak tengok sejauh mana Ayyan bersabar mengharungi cabaran. Ayyan ni seorang yang bertanggungjawab ke tidak. Itu sahaja," ujar Engku Jamilia lembut. Alahai anak terunanya ini memang manja. Umur dah 24 tahun tapi perangai masih kebudak-budakkan. Maklumlah, Dayyan merupakan anak tunggal. Satu-satunya anak teruna Puan Jamilia.
"Alah omma ni. Selalu menangkan appa. Tak apalah. Omma tak sayang dekat Ayyan," Ayyan memuncungkan mulutnya. Engku Jamilia menggeleng kepala. Serupa mulut itik sudah mulut Dayyan. Apalah nak jadi dengan si Dayyan ni.
Belum sempat Puan Jamilia mahu menutur kata, Dayyan terlebih dahulu mengatur langkah ke biliknya. Puan Jamilia hanya melihat. Sudah masak dengan perangai anaknya itu.
--------------------------♧♣♧♣------------------------
"Aduh, sakitnya kepala aku!" Beila mengusap kepalanya yang terhantuk pada dinding. Dia terduduk menyandar pada dinding. Kepalanya terasa sedikit pening. Laila, rakan sebilik Beila yang ternampak keadaan Beila segera mendekati Beila. Bagaimana kawannya itu boleh terhantuk pun dia tidak tahu.
"Beila, awak okey? Macam mana boleh macam ni? Awak ni cuai betul. Lain kali jalan tu pandang hadapan. Fokus bila awak berjalan. Tengok apa sudah terjadi," Laila menarik tangan kanan Beila terus dipapahnya ke katil milik Beila. Beila hanya diam membisu. Sudahlah dia lagi sakit. Dileteri lagi oleh Laila. Serupa macam neneknya betul lah si Laila ni.
"Saya nak mengambil buku diatas meja itu. Tapi malang tidak berbau. Saya terjatuh dan terhantuk lah kerana saya terpijak skirt saya sendiri. Bukannya saya tidak ada kerja mahu buat begitu," balas Beila sambil memegang kepalanya. Laila yang mendengar penjelasan Beila sekejap kepalanya terangguk. Sekejap tergeleng. Betul kata Beila. Tak mungkin Beila mahu buat begitu seperti orang tidak waras.
"Lagipun, kertas kerja saya pun belum siap. Berlambak lagi diatas meja saya," mulutnya dimuncungkan kearah meja belajarnya. Dia juga masih geram dengan Laila. Adakah patut dia diperlakukan begitu. Seperti budak kecil.
"Iyalah wahai tuan puteri. Maafkan patik. Patik tidak sengaja. Tuan puteri kan cantik. Kalau mukanya masam begini, nanti putera rajanya lari dong," terhambur ketawa Beila apabila kawannya itu berjenaka dengan gayanya sekali. Ada bahasa dahulu kala dan ada loghat indonesia. Kerana perwatakan Laila beginilah Beila makin sayang pada kawannya itu.
"Awak duduk sini ya. Saya nak pergi ambil ais dulu. Nak tuam dekat dahi awak yang benjol tu." Beila hanya mengangguk. Selepas kawannya pergi, dia mengeluh berat. Terasa seperti menyusahkan pula. Tiba-tiba dia berasa mengantuk. Tidak sampai beberapa saat, dia terlena.
----------------------°•°•°•°•°•°•°•°•°------------------
Laju sahaja kaki Zayyan melangkah kearah ibunya. Geram hatinya apabila omma campur tangan dalam urusan hidupnya. Kenapalah omma terdesak sangat sampai macam ini sekali. Nak meraung pun ada. Hei tak macho lah nanti. Jatuh saham nanti. Hehe...
"Omma, apakah? Hehehe terbahasa baku pula Ayyan. Omma, apa ni? Kenapa nak kahwin bagai ni? Ayyan tak nak," boleh pula buat lawak. Tapi seriuslah. Sedih hati Ayyan kena kahwin paksa macam dalam novel pula. Jatuhlah saham nanti. Jadi lelaki dayus pula orang gelarkan.
"Kamu cakap nak bergaul dengan orang lain. Jadi berkahwinlah jalannya. Daripada kamu bergaul dengan bukan muhrim mendapat dosa. Kalau kamu sudah berkahwin, dapat pahala free. Dan itu pun salah satu syarat appa. Kena kahwin dulu. So, go and ask your appa. Mama tak tahu," puas Engku menerangkan kepada Zayyan. Dia mengangkat bahu apabila ayat yang terakhir diungkapkannya. Betul lah. Syarat yang wajib untuk mewarisi syarikat Engku Zakaria ialah berkahwin. Macam orang dulu dulu pula. Kalau nak menjadi raja, mesti kahwin. Perlukah?
"Appa suruh omma tanya Ayyan, dah ada calonkah belum. Ayyan sudah ada calon?" Soal puan Jamilia.
"Perlukah?"
"Eh budak ni! Orang tanya boleh pula tanya kita balik? Budak bertuah lah kamu ni."
"I'm just asking to you. Itu pun salah," mukanya bertukar menjadi cemberut. Puan Jamilia hanya menggeleng. Rasa kasihan pun ada. Tak jadi niatnya untuk memiat telinga Ayyan.
"Dah. Jangan buat muka macam tu. Sekarang pergi naik atas dan bersiap. Your future wife is coming with her family. They will have their dinner with us," kata puan Jamilia. Terbeliak mata Zayyan. Biar betul! Siapa punya kerja lah ni? Kenapa cepat sangat omma? Zayyan tak sedia lagi. Idea nakal Zayyan muncul tiba tiba. Ok, tak mengapa. We'll wait and see.